Kelas E-learning – Storymaker

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Storymaker dimana mereka diajar untuk membuat cerita sendiri dengan Storymaker dengan menulis perkataan, melukis gambar, menyimpan dan mencetak cerita mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali